Career @ UTB

> CareerUTB

For Research Assistant's Vacancy, please click here 

 

IKLAN JAWATAN KOSONG

DI UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI

 

BILANGAN IKLAN 03/2025

 

TARIKH IKLAN: 10 MAC 2025

TARIKH TUTUP: 24 MAC 2025

 

Universiti Teknologi Brunei sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah bagi mengisikan jawatan kosong di Universiti Teknologi Brunei:

 

BILANGAN IKLAN

03/2025

JAWATAN

PENGARAH SAND RETENTION INNOVATION LAB (SRI Lab)

TEMPOH PERKHIDMATAN

1 TAHUN

KADAR GAJI

$6,800 SEBULAN

KEKOSONGAN

SATU (01)

 

 

SYARAT-SYARAT AM:

 

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  2. Pemohon mempunyai pengetahuan tentang kerasmian agama Islam, adat istiadat negara, adat resam dan kebudayaan orang-orang Melayu Brunei, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
  3. Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau semasa cuti awam dan hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.

 

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

 

1.       

Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Petroleum, Kejuruteraan Kimia atau bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas adalah merupakan satu kelebihan.

 

2.       

Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 14 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan dalam industri minyak dan gas, dengan penumpuan khas pada teknologi penyaringan pasir.

 

3.       

Mempunyai keahlian dalam badan Profesional dalam bidang Kejuruteraan atau bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah merupakan satu kelebihan.

 

4.       

Mempunyai pengalaman dalam ujian (testing), pemodelan, analisis data dan simulasi berkaitan adalah merupakan satu kelebihan.

 

5.       

Mempunyai kemahiran kepimpinan yang terbukti dalam mengendalikan pasukan penyelidikan dan mengetuai projek penyelidikan dan pembangunan (research and development).

 

 

SYARAT-SYARAT LAIN:

 

Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Pengarah adalah bertanggungjawab kepada Penolong Naib Canselor (Hubungan Luar dan Industri) dan antara tugas dan tanggungjawab adalah seperti berikut:

 

  1. Membantu Penolong Naib Canselor (Hubungan Luar dan Industri) dalam membuat perancangan dan pengurusan Makmal Sand Retention Innovation
  2. Membangunkan strategi dan kalendar penyelidikan dan pembangunan untuk mencapai matlamat inovasi.
  3. Memimpin pasukan simulasi dan penyelidikan dalam menghasilkan teknologi penyaringan pasir terkini.
  4. Memantau dan menilai prestasi projek penyelidikan serta memastikan penyelesaian tepat pada masanya.
  5. Berinteraksi dengan pelanggan dan pemegang kepentingan utama untuk memahami keperluan pasaran dan menyesuaikan strategi inovasi.
  6. Lain-lain tugas seperti yang diaturkan oleh Naib Canselor dan Penolong Naib Canselor (Hubungan Luar dan Industri) dari semasa ke semasa.

 

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN:

 

Borang permohonan serta keterangan lanjut boleh diperolehi dengan memuat turun dari laman sesawang https://www.utb.edu.bn/careerutb/  

 

MAKLUMAT PENTING: Borang permohonan yang telah lengkap diisikan berserta dokumen-dokumen sokongan seperti (1) Salinan Kad Pengenalan Pintar, (2) Kurikulum Vitae (CV), (3) Salinan Sijil Pencapaian Akademik beserta Transkrip (diperingkat ijazah dan ke atas), (4) Salinan Slip Gaji Terakhir, jika berkenaan, (5) Gambar berukuran passport, dan (6) keperluan yang dinyatakan didalam iklan jawatan kosong Universiti Teknologi Brunei, hendaklah dihantar melalui emel kepada utbrecruitment@staff.utb.edu.bn dengan memberikan tajuk emel “Bilangan Iklan: 03/2025”

Tarikh tutup bagi menghantar permohonan ialah hari Isnin, 24 Mac 2025, jam 12:00 tengahari.

 

Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghadapkan permohonan melalui Ketua Jabatan bersama (1) satu Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon dari Ketua Jabatan, (2) Penilaian Prestasi 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya SANGAT BAIK), dan (3) salinan Rekod Perkhidmatan dan Rekod Cuti yang lengkap serta telah disahkan, melalui Ketua Jabatan ke alamat di bawah:

 

 

YANG MULIA

PENDAFTAR DAN SETIAUSAHA

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI

JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

[UP: PENOLONG PENDAFTAR (PERSONEL), PUSAT STAF DAN PELAJAR]

 

Bilangan Iklan: 03/2025

Rujukan Iklan: UTB/S5/1.6 (a)/2025

 

 

Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.

 

Hanya permohonan yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi dan dimaklumkan mengenai proses temuduga.